Pages

Sunday, 31 March 2013

black magic kek


Black Magic Cake with Chocolate Buttercream & Chocolate Ganache on top
(extended & improvise version of my previous Black Magic Cake sebelum ni)
Oleh:Puspa Wangi
cc : www.facebook.com/bukuresepi

(Cake ni mudah sbb xpayah bancuh pakai mixer pon dan bahan2nye sgt mudah!)
**tapi ummi ubah menjd kan kek ni strawberry cream atas nyer, peraturan semua sama, cuma ummi guna strawberyy flavour**
Bahan2 kek:
1 3/4 cawan gula kaster
1 cawan Buttermilk (susu satu cawan di campur apple cider vinegar 4 sudu dan biar 10 min)
2/3 cawan Minyak sayuran
1 cawan air di campur 1 sudu serbuk nescafe atau kopi
2 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1/2 tsp garam*
1 tsp Baking Soda*
½ tsp Baking Powder*
¾ cup serbuk koko tanpa gula*
½ tsp EsenVanilla

Bahan Chocolate Frosting:
1 cawan powdered/icing sugar (lbh halus dr gula kaster)
150 gram butter yg di lembutkan secara natural
1/2 cawan serbuk koko tanpa gula
1 sudu besar esen vanilla
3 sudu susu full cream

Bahan Chocolate Ganache:
170 gram coklat masakan
100 ml heavy cream(sy guna Anchor)
2 sudu besar butter

Cara:
1. Panaskan oven pd suhu 175 darjah celcius. Untuk mmbuat kek, ayak bahan bertanda *. Di dalam sebuah mangkuk besar, campurkan semua bahan yg tidak bertanda * dan kacau menggunakan whisker sehingga sebati. Tak payah lama2. Kemudian masukkan bahan bertanda * dan kacau guna whisker lembut2 sehingga sebati. Tak perlu pukul. Dia akan nmpak sedikit berketul2. Kacau lg perlahan guna spatula. Lapikkan baking sheets dlm baking tray 9 inci. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Bakar selama 35-45 min bengantung pd oven masing2.
2. Untuk chocolate frosting, pukul butter guna mixer sehingga kembang, masukkan gula dan serbuk koko yg telah di ayak perlahan2. Pukul hingga sebati selama 5 min. Kemudian masukkan susu dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang. Sejukkan dlm peti sejuk sebelum guna.
3. Setelah kek sejuk, sapukan buttercream di antara lapisan kek. Kemudia sapu juga di seluruh kek dan ratakan. Kalau kek membukit di tgh2, potong dulu bahagian yg membukit supaya sama rata. Setelah kek di salut, bekukan selama sejam.
4. Untuk chocolate ganache, panaskan heavy cream sehingga mendidih guna api perlahan. Setalah itu tutup api dan masukkan coklat yg telah dipotong2. Pastikan semua coklat terendam. Biarkan selama 15 min kemudian baru kacau dengan whisker perlahan2 sehingga semuanya sebati dan campurkan butter. Sejukkan dahulu.
5. Keluarkan kek yg telah di sapu buttercream dr peti sejuk. Angkat kek perlahan2 menggunakan alatan yg sesuai seperti sudip yg flat or etc dan letakkan ke atas redai(tmpat letak kek yg jarang2 dan tinggi) supaya apabila coklat ganache di tuang, coklat yg jatuh itu boleh di gunakan semula. Jgn lupa letakkan redai itu di dalam baking tray untuk menadah coklat yg jatuh.
6. Tuang coklat ganache di tengah2 kek. biarkan coklat mengalir sndiri. Tuang sedikit demi sedikit. Jgn sesekali ratakan. Setelah semua coklat telah habis menitik, angkat kek perlahan2 dan letak semula atas pelapik kek. Simpan dalam peti sejuk sebelum di hiaskan. — with

0 comments:

Post a Comment